Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Tuesday 29 September 2015

Demokrasi Berparlimen

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi  berkeluasan 329,847 kilometer persegi #(127,350 batu'). Malaysia sebuah Negara yang terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia juga telah berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.

Manakala, Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu juga dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah Negara Komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun1965, ingapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.


KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN


Asal kata Yunani. Demo bermaksud rakyat dan masyarakat  , Cracy bermaksud pemerintahan atau undang-undang .Satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang keputusan yang penting tentang polisi awam.


Demokrasi Berparlimen membawa maksud rakyat yang terlibat dalam sistem  pemerintahan Negara melalui wakil-wakil yang dipilih. Rakyat pula berpeluang membentuk kerajaan, menjalankan pemerintahan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam masa yang sama, rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya bagi mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Adat Perpatih adalah merupakan perlembagaan yang tidak bertulis yang telah diamalkan di Negeri Sembilan yang menunjukka adanya unsur demokrasi telah wujud dalam masyarakat Melayu. Amalan Adat Perpatih ini mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku. Namun, sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indi:idu mengikut  peringkat.


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga  bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.


Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN


Dalam masyarakat Melayu tradisi, raja bertanggungjawab memerintah dan mentadbir  Negara. Raja berada di puncak hierarki pemerintahan serat mempunyai kuasa menggubal dan melaksanakan dasar pemerintahan. Manakala, raja-raja pula berkuasa terhadap kerajaan yang diwarisi atau diasaskannya sendiri. Ini telah menyebabkab raja berkuasa mutlak dan rakyat wajib mematuhinya. Tetapi, keadaan berubah apabila British telah menjajah yang menyaksikan kuasa mutlak raja kian terhakis atau hilang dan telah diganti dengan kuasa Residen dan Sesuruhjaya Tinggi. Namun, selepas merdeka kuasa mutlak raja telah dikembalikan tetapi telah diubah suai  berdasarkan amalan demokrasi. Raja Berpelembagaan adalah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Kuasa raja pula diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Raja dikehendaki menerima dan bertindak mengikut nasihat kabinet dan menjalankan tugas secara simbolik.

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem  berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh  perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau
absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia 11, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta? manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-raja setiap lima tahun.


KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN


Malaysia mengamalkan pemerintahan 5emokrasi Berparlimen dan 8aja Berpelembagaan sejak tahun 1957. Perdana Menteri dan angggota kabinet menjalankan kuasa politik dan  pemerintahan Negara atas nama Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas secara simbolik iaitu berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri serta anggota kabinet. Manakala, di peringkat negeri, raja-raja bertindak atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli perundangan ini akan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Parti politik yang memenangi 2/3 kerusi yang dipertandingkan layak membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. Selepas itu, Perdana Menteri pula akan melantik ahli kabinet dalam kalangan angggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Dakyat berkuasa memecat Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya yang diluluskan dengan kelebihan undi majoriti yang mudah.


YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang Di-Pertuan Agong telah menjadi Ketua Negara dalam struktur pemerintahan Malaysia yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Jawatan ini telah diwujudkan sejak tahun1957. Jawatan tersebut adalah satu-satunya yang ada di dunia kerana menjawatnya berdasarkan pilihan dan bukan lantikan. Parlimen Persekutuan mengandungi
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan  Negara dan Dewan Rakyat
. Antara kriteria pemilihan Yang di-Pertuan Agong ialah?

A-ianya dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu mengikut giliran
B-ianya juga mengikutb peuntukan dalam Perlembagaan Malaysia
C-semua raja-raja berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong
D-boleh meletakkan jawatan sebelum tamat perkhidmatan
E- memegang jawatan selama lima tahun
F- dipilih secara sulit dalam Majlis Raja-raja
G-boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja


Namun , setelah baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, tugas-tugas sebagai raja di negeri sendiri tidak boleh dilakukan kecuali sebagai ketua agama islam, berkuasa ke atas  perkara yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan dan baginda juga mempunyai kuasa melantik Pemangku Raja atau anggota Majlis Pangkuan Raja.

Bidang kuasa Yang di-pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia ialah:


A-mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

B-Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen ( Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda  juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan parlimen. Dengan demikian Yang di-pertuan Agong diperlukan oleh perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya).

C-Baginda ialah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata

D-Memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu

E-Ketua agama islam bagi negeri yang sendiri dan negeri yang tidak beraja.


MAJLIS RAJA-RAJA


Majlis Raja-raja adalah sebuah majlis daripada raja-raja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Ia ditubuhkan pada tahun 1897. peruntukan mengenai Majlis Raja-raja disebut dalam Perlembagaan Malayan Union (1946) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(1948). Kuasa majlis Raja-raja pada masa itu hanya terhad kepada agama islam dan adat istiadat Melayu. Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama diadakan pada 31 )gos 1948 dan dihadiri oleh ke semua sembilan orang Raja-raja Melayu.

Majlis 8aja1raja juga sebagai tempat rujukan dalam hal berkaitan:

A-Pelantikan hakim, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
B-Perubahan sempadan negeri
C-Penambahan bilangan anggota Persekutuan secara menyeluruh
D-Hukum Syara' dan amalan amalannya
E-Rang undang-undang pindaan Perlembagaan


AHLI DEWAN RAKYAT


Dewan Rakyat adalah dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam  pilihanraya umum. Ia mengandungi ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh  Negara. Tugas utama dewan adalah menggubal dan meluluskan undang1undang pada peringkat Dewan Rakyat. Tempoh memegang jawatan adalah selama lima tahun dan tamat apabila Parlimen dibubarkan.

Dewan Rakyat mempunyai ahli seramai 222 orang dan setiap ahli mewakili satu kawasan  pilihanraya. Kelayakan menjadi ahli ialah:

A-Warganegara Malaysia
B-Tidak kurang umur dari 21 tahun
C-Waras fikiran
D-Bukan seorang muflis
E-Tidak mempunyai rekod jenayah
F-Seorang yang tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan dewan  Negara dalam satu-satu masa yang sama

Namun, sebelum seseorang memegang sebarang kerusi di dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan atau diharuskan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Negara. Ahli tersebut mestilah atau hendaklah bersumpah atau berjanji  bahawa mereka akan taat menjalankan tuga-1tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.


AHLI DE'AN NEGARA


Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan  perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Seramai 70 ahli 5ewan Negara atau senator di mana hanya 24 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Dewan  Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara atau majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di 5ewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan itu ditolak. Kuasa veto yang dimiliki oleh Dewan Negara berkenaan 8ang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah

PILIHANRAYA

Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu, cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


PENGASINGAN KUASA


Doktrin Pengasingan Kuasa adalah satu konsep asas di dalam pemerintahan demokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis. "Pengasingan Kuasa" bukanlah sama dengan "Pembahagian Kuasa" walaupun keduanya mungkin ada diperuntukkan dalam  perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri. Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar bererti kuasa-kuasa pemerintahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Di Malaysia, badan Kehakiman boleh mengistiharkan sesuatu Akta 0erlimen bercanggah dengan Perlembagaan. (Perkara 4, Fasal l ). Pada masa yang sama Perlembagaan Persekutuan 1 Perkara 122B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak eksekutif yang menunjukkan ada kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja. Jika doktrin itu diketepikan langsung, penyalahgunaan kuasa adalah suatu kemungkinan (lebih-lebih lagi jika kuasa itu di tangan orang yang tidak  beriman dengan hukum-hukum Allah SWT).

BBLIOGRAFI

RUJUKAN INTERNET

http://pkskel.tripod.com/doktrin.html

http://pkskel.tripod.com/doktrin01.html

http://tatiuc.edu.my/syahrul/sistem_pengasingan_kuasa.htm

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasi-berparlimen.html


Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong


















Maklumat Umum

SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN DI MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September1959 Berikut ialah peristiwa-peristiwa penting ke arah pembentukan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen